Google

Friday, May 23, 2008

Tips dan guide membeli gitar

Berhati-hati ketika membeli gitar. Di bawah ini saya senaraikan beberapa tips dan guide untuk anda membeli gitar. Sebaiknya, bawalah rakan anda yang lebih arif tentang gitar. Bukan yang terer main gitar, tapi yang betul-betul tahu tentang gitar.

2 gitar yang sama model belum tentu mempunyai sound yang sama. Ini adalah kerana gitar diperbuat daripada kayu. Kayu pula adalah sejenis hidupan dan cara hidup setiap kayu itu tidak sama.


1. Workmanship dan finishing
Perkara pertama yang selalu saya tengok pada gitar adalah workmanship dan finishing gitar tersebut. Ada finishing dan workmanship yang tidak kemas dan kasar.

2. Neck gitar
Pastikan neck gitar lurus, tidak bengkok atau warp. Kemudian, tengok dari depan gitar. Pernah saya lihat ada neck yang senget. Cara nak tengok neck yang senget, cuba lihat jarak spacing tali 1 dengan hujung fretboard bawah dan jarak spacing tali 6 dengan hujung fretboard atas. Kalau senget, mungkin salah satu antara spacing tali 1 atau 6 yang lebih banyak atau kurang spacing. Cara kedua nak tengok neck yang senget, bagi neck yang disambung bolt-on, cuba tengok plate di belakang gitar. Ada juga saya lihat plate yang senget.

3. Fretwork
Fretboard yang kasar adalah biasa bagi gitar-gitar baru. Tapi yang paling penting anda lihat adalah fretwire. Cuba mainkan gitar tersebut. Fretwork yang kemas membolehkan anda memainkan gitar dengan mudah dan fretwork yang tidak kemas akan menyebabkan anda lebih susah memainkan gitar tersebut kerana level fret tidak rata. Anda mungkin terpaksa membuat leveling & crowning nanti untuk fret anda.

4. Bridge
Untuk gitar fixed bridge mungkin tiada masalah. Tetapi jika anda ingin membeli gitar floyd rose, anda perlu pastikan floyd rose bridge itu stabil. Untuk test floyd rose, anda mainkan floyd rose itu dengan memainkan tremolo bar sehingga bridge itu terjungkit dan terbenam. Anda juga mungkin perlu test mainkan bridge itu dengan lebih ganas sedikit bagi memastikan bridge itu benar-benar stabil. Jika bridge itu stabil, selepas anda melepaskan tremolo bar, gitar itu pasti tidak akan lari tune.

5. String height
String height yang terlalu tinggi pasti menyusahkan anda untuk memainkan gitar tersebut. Walaupun gitar itu boleh di setup balik nanti, tetapi membeli gitar yang string height terlalu tinggi adalah berisiko. String height yang terlalu tinggi membuatkan anda susah untuk mengesan jika ada kecacatan pada bridge, neck dan fret. Ada sesetengah kes yang saya lihat, apabila gitar itu hendak di setup kan pada action yang lebih rendah, berlaku fret buzzing di sesetengah fret kerana fretwork yang tidak kemas.

6. Tuner/Tuning Peg
Ini sangat penting. Pastikan tuner itu stabil dan tidak mudah untuk lari tune. Mainkan gitar itu lama sedikit dan check balik tune. Kalau boleh, mainkan teknik bending, vibrato dan hit note kuat sedikit. Teknik sebegini sangat mudah membuatkan tuner yang tidak stabil untuk lari tune.

7. Input Jack
Input Jack gitar juga penting. Pastikan apabila anda cucuk cable ke gitar, input jack itu betul-betul grip jack cable.

8. Electronic system
Mainkan pickup selector, volume dan tone pot. Pastikan tiada bunyi kotor semasa anda mengusik atau memulas pot atau menukar pickup selector.

9. Pick up
Pastikan anda tahu apa yang anda mahukan. Jika anda bermain muzik metal atau mahukan sound gitar yang tebal dan berat, pastikan anda memilih gitar yang menggunakan humbucker pick up terutamanya di position bridge. Bagi yang mahukan sound yang lebih bite, ringan dan vintage, pastikan anda memilih single coil terutamanya pada position neck. Bagi gitar-gitar murah, pick up adalah perkara pertama yang mungkin anda consider untuk upgrade kemudian hari kerana kebiasaannya stock pickup berbunyi lemau tidak bermaya, kurang bite dan lemak. Tapi yang paling menarik, jika gitar itu dapat menghasilkan bunyi yang bagus pada stock pickup, maka bila anda upgrade nanti pasti sound gitar anda lebih baik.

Nota ringkas
2 gitar yang sama model belum tentu mempunyai sound yang sama. Ini adalah kerana gitar diperbuat daripada kayu. Kayu pula adalah sejenis hidupan dan cara hidup setiap kayu itu tidak sama. Ada yang sihat, ada yang lemah. Meskipun mungkin kedua-dua gitar menggunakan kayu Alder, tetapi pasti ia mempunyai sedikit perbezaan dari segi sound. Jika anda test gitar itu dan anda sukakan bunyinya, pastikan anda beli gitar yang anda test kerana sesetengah kedai gitar menjual gitar yang disimpan di dalam stor kerana ia benar-benar baru (tidak pernah disentuh). Walaupun benar-benar baru, tetapi anda berisiko dari segi sound body gitar tersebut. Anda juga mungkin boleh test juga gitar yang baru di bawa keluar itu. Terpulang kepada anda.

Jika anda membeli murah, pastikan pemeriksaan anda lebih kritikal dan teliti. Gitar mahal biasanya tidak mempunyai masalah. Tetapi pastikan anda check juga gitar tersebut.

Selepas membeli gitar
Anda dinasihatkan menghantar gitar anda untuk setup dan intonation. Ia penting untuk memastikan gitar anda intonation nya tepat dan gitar di setup dengan baik untuk keselesaan yang maksima ketika anda bermain gitar baru anda.

Pastikan anda tidak ketinggalan, langgan artikel Studio Buzz hari ini.
Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Langgan melalui e-mail, sila masukkan email address anda:

E-mail subscription:

Kenali jenis dan karakter kayu gitar anda

Pemilihan jenis kayu untuk gitar adalah penting sebelum anda membeli gitar. Ini kerana jenis kayu menentukan karakter tone yang akan dihasilkan.

Pemilihan jenis kayu untuk gitar adalah penting sebelum anda membeli gitar. Ini kerana jenis kayu menentukan karakter tone yang akan dihasilkan.


Kayu untuk body gitar

Alder - Alder adalah jenis kayu yang selalu digunakan oleh Fender. Ia juga menghasilkan standard Fender sound. Kayu ini lebih ringan dan menghasilkan full bodied tone dengan frekuensi tinggi yang lebih lembut.

Basswood - Basswood adalah kayu yang lembut. Ia juga adalah kayu yang ringan, murah dan menjadi pilihan untuk gitar-gitar murah. Ia menghasilkan bunyi low yang lemah, mid yang padat dan high yang baik.

Ash - Ash juga kayu yang digunakan oleh Fender terutamanya pada era lewat 60's dan 70's. Ash lebih berat dan menghasilkan tone yang lebih bright. Swamp ash pula lebih ringan dan menghasilkan tone yang lebih hidup dan warm.

Mahogany - Kayu jenis ini banyak digunakan oleh Gibson serta menjadi kayu body gitar pilihan ramai gitaris yang mahukan bunyi yang berat. Kayu ini lebih berat dan lebih stabil. Ia menghasilkan bunyi yang tebal, midrange dan low yang padat serta frekuensi tinggi yang lebih warm. Banyak gitar Mahogany yang digabungkan dengan Maple Top untuk treble response yang lebih baik.

Maple - Kayu ini adalah terlalu berat untuk digunakan oleh keseluruhan body gitar. Kayu ini sering digabungkan dengan kayuan yang lebih warm untuk menambah sedikit treble response.

Kayu untuk neck gitar

Maple - Jenis kayu ini sering digunakan kerana kekuatan dan kestabilan kayu ini. Jika digunakan pada fingerboard, ia menghasilkan bunyi yang lebih bright.

Rosewood - Jenis kayu ini sering menjadi pilihan untuk fingerboard. Ia berat dan menghasilkan tone yang lebih warm dan complex.

Ebony - Ebony adalah jenis kayu yang keras dan gelap. Ia juga tahan lama. Ia menghasilkan tone yang bright sama seperti Maple tetapi dengan lebih low dan mid.

Nota: Ada banyak lagi jenis kayu untuk body dan neck gitar seperti Koa, Korina, Poplar dan Walnut. Jenis kayu di atas adalah jenis kayu yang banyak digunakan untuk kebanyakan gitar hari ini.

Pastikan anda tidak ketinggalan, langgan artikel Studio Buzz hari ini.
Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Langgan melalui e-mail, sila masukkan email address anda:

E-mail subscription:

Kenali value pot gitar anda (Potentiometer)

Penjelasan mudah, semakin tinggi value pot anda maka semakin bright bunyi gitar anda. Ini kerana semakin tinggi value pot, semakin banyak leakage yang akan di block dari ground dan menghasilkan lebih banyak signal untuk dihantar kepada output.

Bagi pemuzik yang idamkan bunyi yang lebih asli (kurang rintangan), mereka boleh menukar kepada 500k atau 1meg ohm pot.


250k pot selalu digunakan pada pick up single coil untuk mengelakkan dari berbunyi terlalu bright kerana pot ini menyekat sedikit frekuensi tinggi. Sesuai untuk pemuzik yang inginkan bunyi yang lebih mellow. Bagi pemuzik yang idamkan bunyi yang lebih asli (kurang rintangan), mereka boleh menukar kepada 500k atau 1meg ohm pot. Pickup humbucker pula kebiasaannya menggunakan 500k pot untuk mendapatkan lebih frekuensi tinggi supaya berbunyi lebih natural.

Selamat bereksperimentasi dengan gitar anda!

Pastikan anda tidak ketinggalan, langgan artikel Studio Buzz hari ini.
Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Langgan melalui e-mail, sila masukkan email address anda:

E-mail subscription:

Thursday, May 22, 2008

Gear review: Squier Stratocaster, Viking & SX strat copy guitar

Hari ini saya berkesempatan membuat gear test. Saya memilih 3 gitar Strat copy, Squier Stratocaster, Viking & SX Poison.

SX pula dapat menghasilkan bunyi yang lebih padat dan berlemak. Jika dikurangkan gain distortion, SX dapat memberikan lebih bite ketika note dipetik lebih kuat.


Dari segi pandangan, Squier memang tak boleh dinafikan sangat hampir menyamai Fender Stratocaster. Saya membuat perbandingan 2 gitar Squier Stratocaster. Workmanship gitar ini sangat kemas dan konsisten. SX Poison pula mempunyai Cobra inlay, finishing gitar ini tidak berapa kemas tetapi gitar ini menggunakan Extra-Jumbo frets, memudahkan pemain gitar untuk bending dan vibrato. Dari segi berat, Viking dan SX lebih berat kerana body gitar ini 4 pieces berbanding Squier Stratocaster, 3 pieces.

Dari segi sound, saya mulakan dengan clean sound. Strumming chords, Viking menghasilkan bunyi chords yang lebih jelas. Setiap notes di dalam chords boleh didengar dengan baik. Plucking pula saya lebih suka dengan bunyi SX, dengan menggunakan pickup Neck + Mid, SX dapat menghasilkan bunyi yang lebih natural, sangat hampir menyamai bunyian akustik. Squier pula menghasilkan bunyi yang smooth dan soft ketika plucking.

Kemudian saya cuba beberapa licks & solo, masih lagi di dalam clean sound. Viking berbunyi nipis dan lemah, SX dan Squeir ada bite tetapi saya lebih prefer bunyi Squier kerana bunyinya tebal dan penuh.

Akhir sekali saya test dengan distortion amp. Viking berbunyi sebu dan lemah, Squier hilang bite dan berbunyi sedikit nipis, SX pula dapat menghasilkan bunyi yang lebih padat dan berlemak. Jika dikurangkan gain distortion, SX dapat memberikan lebih bite ketika note dipetik lebih kuat.

Pastikan anda tidak ketinggalan, langgan artikel Studio Buzz hari ini.
Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Langgan melalui e-mail, sila masukkan email address anda:

E-mail subscription:

Thursday, May 15, 2008

studiobuzz.afiqme.com

Sedikit pengumuman, domain blog ini telah berpindah ke http://studiobuzz.afiqme.com.

Sila update bookmark anda ya! Terima kasih.

Pastikan anda tidak ketinggalan, langgan artikel Studio Buzz hari ini.
Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Langgan melalui e-mail, sila masukkan email address anda:

E-mail subscription:

Tali gitar classical

Ini kerana tali gitar classical akan mudah lari tune di dalam masa 1-2 minggu.

Sedikit tips untuk hari ini.

Sebelum anda memulakan rakaman gitar classical, pastikan anda menukar tali gitar itu sekurang-kurangnya seminggu sebelum rakaman dijalankan supaya tune gitar lebih stabil.

Ini kerana tali gitar classical akan mudah lari tune di dalam masa 1-2 minggu.

Rockschool exam untuk musician. Klik di bawah
www.afiqme.com/2008/05/rockschool-exams-guitar-bass-drums.html

Pastikan anda tidak ketinggalan, langgan artikel Studio Buzz hari ini.
Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Langgan melalui e-mail, sila masukkan email address anda:

E-mail subscription:

Friday, May 9, 2008

Rockschool exams - Guitar, Bass, Drums, Vocals and Popular Piano

Rockschool offers exams in Guitar, Bass, Drums, Vocals and Popular Piano from Debut up to Grade 8.

Grade Exams:
are for students who want to develop performance and technical skills. A graded examination is made up of the following components:

Rockschool continually expands its activities by creating partnerships and developing new qualifications. We operate in 18 countries outside the UK.


A performance of either three pieces from the Rockschool syllabus book or two pieces from the book and one free choice piece.
Technical exercises
A choice of sight reading, improvisation and interpretation or a Quick Study Piece
Ear Tests
General Musicianship tests

For more info, please visit Rockschool official website. To take a Rockschool exam (Malaysia), you can join Mahogany Music Courses at

Mahogany Music
19A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
Section 9,
40100 Shah Alam.
Tel: 03-58804865

Don't miss out Afiqme's latest news & articles, subscribe to this blog today.
Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

E-mail subscription:

Wednesday, May 7, 2008

Now equipped with Seymour Duncan JB Jr. bridge pickup & Dunlop Dual Design Straplok System

My SX project guitar now equipped with Seymour Duncan JB Jr. bridge pickup & Dunlop Dual Design Straplok System.

My next modification will be the tuning pegs. I've been thinking to upgrade to Sperzel locking tuners.

"Sperzel's unique design and precise manufacturing tolerances eliminate shaft wobble, backlash, and end-play, greatly reducing your guitar's tuning problems. The housing extends further up the shaft, with the bushing threads on the outside, keeping the shaft solid as a rock."

More info about this tuner at SpecialtyGuitars.com


Don't miss out Afiqme's latest news & articles, subscribe to this blog today.
Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

E-mail subscription:

Sunday, May 4, 2008

Battle of The Band, Win RM1000!

Battle of The Band

Win RM1000!
2nd prize: RM750
3rd prize: RM500

Rules & Regulations
- Free concept
- 2 songs (1 song in Malay)

Final
Venue: Dewan Milennium, Bandar Baru Batang Kali, Selangor
Date: 1st June 2008

Please call for more info

Ajai - 016 3860510
Azmir - 019 2676003

Don't miss out Afiqme's latest news & articles, subscribe to this blog today.
Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

E-mail subscription:

Friday, May 2, 2008

Setup dan servis gitar anda sebelum memulakan rakaman

Ramai yang tidak sedar betapa pentingnya untuk setup dan servis gitar sebelum memulakan sesi rakaman. Setup dan servis adalah penting sebagai penyediaan sesuatu gitar untuk digunakan di dalam sesi rakaman. Setup dan servis guitar anda untuk:

Setup dan servis adalah penting sebagai penyediaan sesuatu gitar untuk digunakan di dalam sesi rakaman.


1. Intonation - Penting supaya gitar anda tidak sumbang.
2. String height - Pastikan action guitar anda tidak terlalu tinggi untuk memudahkan anda bermain gitar.
3. Wiring & electronic - Pastikan wiring dan electronic system di dalam guitar anda di dalam keadaan yang baik. Ini termasuk dengan pickup selector, volume dan tone pot.

Anda boleh hantar gitar anda untuk setup dan servis di Mahogany Music, Section 9, Shah Alam atau hubungi di talian 03-5880 4865.

Gunakan Dunlop Flush mount straplok untuk gitar anda:
www.afiqme.com/2008/05/dunlop-straplok-flush-mount-system-for.html

Pastikan anda tidak ketinggalan, langgan artikel Studio Buzz hari ini.
Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Langgan melalui e-mail, sila masukkan email address anda:

E-mail subscription:

Cable untuk sesi rakaman

Ketika menjalankan sesi rakaman, pastikan anda menggunakan cable dan connector cable yang baik. Apa pentingnya cable yang bagus? Perlu diingat, cable membawa signal. Contohnya signal dari gitar anda ke preamp, audio interface dan sebagainya. Cable yang baik akan membawa signal dengan baik. Kurang rintangannya dan anda akan dapat lebih signal dari noise. Cable yang tidak bagus akan menghasilkan lebih banyak noise dan pasti akan lebih menyusahkan anda mengendalikan sesi rakaman.

Tiada gunanya anda menggunakan mixer berharga 3 juta tetapi menggunakan cable berharga 3 ringgit.


Saya suka menggunakan Belden cable. Untuk connector cable saya suka gunakan brand Neutrik. Anda juga boleh membuat custom cable anda. Antara kedai yang saya selalu pergi untuk membuat custom cable adalah di OK Audio, Jalan Meru, Klang.

Jangan save duit dari membeli cable dan connector cable yang bagus. Tiada gunanya anda menggunakan mixer berharga 3 juta tetapi menggunakan cable berharga 3 ringgit.

Bass amplifier Laney Made in UK 50 Watts untuk dijual:
http://www.afiqme.com/2008/04/used-laney-hc50b-bass-amplifier-for.html

Pastikan anda tidak ketinggalan, langgan artikel Studio Buzz hari ini.
Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Langgan melalui e-mail, sila masukkan email address anda:

E-mail subscription:

Price dropped for Used Laney 50 watts Made in UK

Price dropped!

Used Laney 50 watts Made in UK now RM1400... Please visit link below:

http://www.afiqme.com/2008/04/used-laney-hc50b-bass-amplifier-for.html

Don't miss out Afiqme's latest news & articles, subscribe to this blog today.
Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

E-mail subscription:

Thursday, May 1, 2008

Dunlop Straplok Flush Mount system for my SX Cobra project guitar

I've just ordered the Dunlop Straplok Flush Mount system for my SX Cobra project guitar.

The Dunlop Straplok® System is the strap retainer designed with the artist in mind. 360º groove and ball design allows the unit to rotate without catching. The case hardened steel skin guarantees long life.


"The Dunlop Straplok® System is the strap retainer designed with the artist in mind. 360º groove and ball design allows the unit to rotate without catching. The case hardened steel skin guarantees long life. The same strap can be used with several guitars, as the strap button is interchangeable. Release tested up to 800 lbs. of pull. It will not come loose. Set (2 units for instrument and strap) adapts to instrument by replacing existing strap pins / screws with special Straplok® System buttons / screws. Two strap attachments are included for your strap. Available in 4 finishes & 4 button styles."

I'll get The Duncan JB Jr. pickup next month. For the tuning pegs, I haven't decide any model yet.

Don't miss out Afiqme's latest news & articles, subscribe to this blog today.
Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

E-mail subscription: