Teknik dan posisi mic
- Hampir semua mic berkualiti boleh digunakan untuk recording.
- Setiap mic berbeza tindak balas pada frekuensi.
- Vokal perlu dirakam dengan teliti kerana ia merupakan focus kepada pendengar.
- Semasa rakaman, vokalis tidak perlu rapat dengan mic untuk mengelakkan masalah aspiration.
- Jika engineer mahukan frekuensi tinggi, pastikan diaphragm mic sama paras dengan mulut vokalis. Tetapi pada close miking, berhati-hati pada masalah sibilance (BTCK). Angin akan menjadi distort pada masalah ini. Boleh gunakan windscreen untuk mengatasi masalah ini atau alihkan diaphragm off axis daripada penyanyi.
Jika mahukan bunyi ambience, gunakan at least 2 mic. Mic pertama gunakan close miking dan satu lagi mic letakkan beberapa kaki dari mic pertama untuk dapatkan bunyi ambience.
Jenis mic vokal lelaki dan perempuan
- Neumann U87
- Neumann U47
- AKG C414
Guitar elektrik- posisi mic adalah 9 inch dari speaker.
- Jika mahukan bunyi gitar yang bright, pastikan diaphragm mic direct kepada speaker cone.
- Jika mahukan bunyi yang besar, letakkan mic off axis dan 12 inch dari speaker.
- Boleh juga gunakan transformer yang dikenali sebagai DI BOX untuk rakaman. Fungsi DI BOX ini adalah untuk menukar high impedance output gitar ke low impedance.
- Satu lagi teknik yang lain adalah dengan menggabungkan kedua-dua teknik, close miking dan DI Box.
- Pastikan tali gitar ditukar satu hari sebelum rakaman.
- Jika mahukan bunyi ambience, gunakan at least 2 mic. Mic pertama gunakan close miking dan satu lagi mic letakkan beberapa kaki dari mic pertama untuk dapatkan bunyi ambience. Mic ini harus dirapatkan dengan lantai untuk mengelakkan phase cancellation.
- Antara mic yang sesuai untuk close miking adalah Shure SM57, Sennheiser 421, Electro-voice RE20 dan mic yang sesuai untuk ambience adalah Neumann U87.
- Jika mahukan bunyi mellow, boleh gunakan ribbon mic tetapi berhati-hati kerana ribbon mic tidak tahan pada tekanan bunyi tinggi.
- Pickup gitar juga memainkan peranan dalam membentuk karakteristik bunyi gitar. Terdapat 2 jenis pickup iaitu:
i. single coil – treble dan bright
ii. humbucker – memberi bunyi besar dan frekuensi tinggi yang rendah
- Semasa rakaman, noise boleh dikurangkan dengan memberi output maksima alat kawalan level gitar. Ia memberi signal to noise ratio yang baik. Ia mengurangkan gangguan frekuensi yang menyebabkan humn dan buzz frekuensi untuk guitar.
1st string E - 329.63 Hz
2nd string B - 246.94 Hz
3rd string G - 196 Hz
4th string D - 146.82 Hz
5th string A - 110 Hz
6th string E - 82.41 Hz
Electric bass- Semua memberi karakter yang baik dengan menggunakan DI Box.
- Jika mahu gunakan teknik miking, jarak mic yang sama seperti gitar tetapi mesti diletakkan off axis.
- Jenis mic yang sesuai adalah AKG D112, Neumann U87
- Boleh juga gunakan gabungan kedua-dua teknik ini.
Akustik bass- Letakkan mic pertama pada bridge instrument untuk menangkap tone bright.
- Letakkan mic kedua pada kedudukan F-Hole untuk mendapatkan bunyi besar.
- Kaedah lain adalah dengan menggunakan kombinasi mic Neumann U87 dan Sennheiser 421 pada bawah fingerboard dapat memberi tone yang baik.
- Boleh juga gunakan mic Shure SM11 dengan memasukkan mic ini ke dalam body akustik bass.
Electric keyboard- Synthesizer selalu mempunyai high impedance, gunakan DI Box.
- Apabila isyarat dimasukkan ke dalam mixer, pastikan tekan pad pada mixer untuk mengurangkan dalam -10 dB.
Snare- Dalam rakaman komersial, snare adalah instrument yang paling suka diproses.
- Boleh gunakan input pad pada mixer untuk mengelakkan kerosakan pada mixer.
- Bass roll off atau high pass filter untuk kurangkan proximity effect.
- Jangan gunakan ribbon mic langsung.
- Letakkan mic dalam 4-6 inch dari snare.
- Boleh gunakan 2 mic, satu di atas dan satu di bawah untuk mendapatkan sound snappy snare.
- Angle kedua-dua mic adalah 45 degrees.
- Gunakan reverse phase pada mixer jika ada phase cancellation.
- Mic yang sesuai digunakan adalah Shure SM57, SM81, Sennheiser 421 dan Neumann KM84
Rujukan dari Peter MillerArt of Recording, AIAPastikan anda tidak ketinggalan, langgan artikel Studio Buzz hari ini.
