Salam sejahtera buat pembaca,
Saya menerima banyak persoalan mengenai software yang bagus untuk digunakan untuk membuat recording dan mixing. Hari ini kita mempunyai banyak pilihan seperti Cubase, Sonar, Pro Tools, N-Track, Nuendo, Adobe Audition dan macam-macam lagi. Apa yang boleh saya katakan, software itu bersifat lemah kerana ia hanyalah satu TOOL. Ia memerlukan ART yang ada pada tangan dan ilmu penggunanya untuk menentukan kualiti sound yang keluar.
Sebagai panduan, 4 software terbaik dunia di dalam kategori Audio adalah Steinberg Cubase SX, Logic Audio, Cakewalk Sonar dan DigiDesign Pro Tools.
Akan tetapi,
ART dan
TOOL saling berkait rapat.
Tool yang baik perlulah memenuhi kehendak dan memudahkan penggunanya supaya pengguna itu boleh menghasilkan kualiti bunyi yang sehabis baik.
Art yang terdapat pada setiap jurutera audio juga adalah berbeza-beza. Cara ataupun
method yang digunakan adalah berbeza mengikut kesesuaian dan ilmu jurutera audio tersebut.
Jadi anda boleh mencuba beberapa
software yang disebut di atas dan mencari kesesuaian atau
chemistry anda dan software tersebut.
Tetapi adalah sangat penting untuk anda kaji
features atau apa yang terdapat di dalam
software tersebut. Seperti baru-baru ini saya diberi peluang untuk mencuba
Adobe Audition. Ada beberapa features seperti
timing meter yang tidak tepat dan
mix editor yang lemah dari beberapa sudut mengganggu saya untuk melakukan kerja audio dengan lebih baik. Tetapi ini bukanlah kata mutlak yang anda harus ikut. Jika anda selesa dengannya, teruskan.
Sebagai panduan, 4
software terbaik dunia di dalam kategori Audio adalah Steinberg Cubase SX, Logic Audio, Cakewalk Sonar dan DigiDesign Pro Tools.
Teruskan bereksperimen!
Pastikan anda tidak ketinggalan, langgan artikel Studio Buzz hari ini.
